Posts

Showing posts from May, 2026

Hari Arafah - Kelebihannya

* Hari Arafah  Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab* عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ _*Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah RA berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada suatu hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah mendekati mereka (dengan rahmat-Nya), kemudian Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat, lalu berfirman: ‘Apakah yang diinginkan oleh mereka ini?*_ (HR Muslim No. 3354). Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.    Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, ...

Hadis..Kelebihan Air Zam Zam

*Keistimewaan Air Zam-Zam* وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، إنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ يُشْبِعُكَ أَشْبَعَكَ اللَّهُ بِهِ، ‌وَإِنْ ‌شَرِبَتْهُ ‌لِقَطْعِ ‌ظَمَئِكَ ‌قَطَعَهُ ‌اللَّهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ وَسُقْيَا إسْمَاعِيلَ. [وفي رواية] وإن شربته مستعيذًا أعاذك الله فكان ابن عباس ذا شرب ماء زمزم قال: اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ _*Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda : "Air Zamzam itu bergantung kepada niat orang yang meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohon kesembuhan, Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau meminumnya untuk mengenyangkan, Allah akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. Ia adalah hasil hentakan malaikat Jibril dan minuman yang diberikan Allah kepada Nabi Ismail."*_ ...

Berkenaan Amanah - 1 April 2026

*Laksanakan Amanah Jangan Menipu* مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ _*Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah amanahkan kepadanya urusan rakyat (di bawah jagaannya), lalu dia meninggal dunia dalam keadaan menipu atau mengkhianati rakyat, melainkan Allah mengharamkan Syurga keatasnya.*_ (HR Muslim No: 203) Status: Hadis Saying *Pengajaran:* 1.  Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan sama ada kecil atau besar meliputi pemimpin negara, pegawai dan pentadbir, guru juga ibu bapa. 2.  Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut. Penipuan juga pengkhianatan adalah dilarang termasuk penyalah gunaan kuasa, mengabaikan kebajikan orang bawah...

Khutbah Yang Lepas

Image
Foto sekdr hiasan... Salam semua Berikut koleksi khutbah di masjid Johor untuk yg lepas. https://jainj.johor.gov.my/khutbah/ Sila klik link di atas untuk merujuk semula. Wassalam

Pendahuluan

Image
Surau Abu Bakar As Sidiq Tmn Lagenda Putra ,Kulai Salam Blog ni sekdr utk kumpulkan Teks khutbah yg selalu dibaca pada Hari Jumaat. Moga beri faedah utk kita tambah ilmu Dan merujuk semula. Moga  berguna Dan Diberkati Allah Amin